BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 08, 2010

Sejarah terukir

Langkah kaki kami pelahan menuju ke pintu pesawat. Inilah saat-saat yang di nantikan, sejarah terukir dengan kekecohan 12 HAMKA kecil memasuki ruang imigresen
lalu dengan bangga mengeluarkan pasport masing-masing untuk di 'cop' oleh pihak penguasa imigresen indonesia untuk pengesahan. Secara rasmi dah berasa lega
berikutan kami telah di benarkan untuk bergerak bebas di kota padang. Mengenangkan pasportku ini, ada sebuah kisah ingin ku kongsikan. Ketika hendak memohon membuat pasportku, ada beberapa halangan mengujiku. seawal jam 7.00 pagi aku dan beberapa orang sahabat menaiki kereta buya ke Shah Alam untuk memohon mendapatkan pasport di bangunan PKNS. Berikutan ramainya pemohon kami menunggu agak lama sebelum mendapat giliran. Tiba saat namaku disebut,aku meluru ke arah kaunter permohonan, kutunjukkan 'IC' ku lalu diteliti oleh pegawai di kaunter tersebut. soalan pertama dari pegawai tersebut " Encik berasal dari sarawak ke?" Jawab ku ya. "Tunjukkan surat beranak encik?" Nah, Masalah pertama timbul, surat beranak ku di Sarawak kawan. Kemudian pegawai tersebut membenarkan untuk menggunakan salinan,maka aku bergegas untuk memohon abangku yang berada di Sarawak untuk fakskan ke pejabat imeresen Shah Alam. Nasib baik ada mesin faks kat rumah di Sarawak. Selesai aku mendapatkan salinan faks aku segera untuk beratur kembali di barisan yang panjang tadi. Huh,lama menunggu tiba lagi giliranku,ku hulurkan salinan surat beranak tersebut,sekarang muncul masalah ke dua, si pegawai nakkan pengesahan pulak dah, terpaksa aku bersama seorang rakan menaiki kereta ke Plaza Massala untuk mendapatkan pengesahan dari Jabatan Pendaftaran. Selesai sudah,maka kami kembali ke bangunan PKNS, seperti biasa kena beratur lagi di barisan yang panjang. Giliranku, ku hulurkan salinan yg sudah mendapat pengesahan tersebut,dan kali ini aku bernasib baik kerana diterima permohonan, dan diarahkan untuk menunggu 2 jam lagi untuk menuntut pasport. Selesai menanti selama 2 jam,aku berbaris banjang lagi untuk mendapatkan pasport,tapi malangnya, hanya sekeping kertas yang bertulis "Sila ambil pasport anda selepas 5 hari bekerja" Kali ini aku merasakan ke tidak keadilan berlaku kepada ku, berikutan rakan-rakan yang lain dengan mudah untuk mendapatkan pasport. Tapi inilah ujian awal sebelum keberangkatan ke Tanah Minang. Ku hadapi dengan berlapang dada. Tibanya kami di Kota Padang perkataan pertama yang kami belajar ialah "Kamar Kecil"di malaysia kita panggil Toilet, Tandas atau jamban 'je', wah pelik sungguh bahasa di negara orang. Unik 'eh' kalau orang Malaysia sebut. Keunikan tersebutlah yang banyak mengajar kami di Tanah Minang.

0 ulasan: