BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 19, 2010

12 orang HAMKA kecil



catatan ini merupakan catatan penggembaran
12 orang Hamka kecil ke Tanah Minang.

EXPEDISI MENELADANI PEMIKIRAN HAMKA

TANGGAL 29/12/2009

malam sebelum keberangkatan ke Kota padang saya tidak dapat tidur, rasa sangat gementar berikutan buat pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke negara orang. pelbagai persoalan yang timbul di benak hatiku. Perasaan yang becampur-baur tidak terkawal, menyebabkan fikiran ku menerawang jauh sehingga membuatkan diriku berjaga sepanjang malam. Seawal jam 2.30 pagi aku bangun untuk membersihkan diri dan mengemas barang untuk berangkat ke lapangan terbang LCCT. Dari Kolej Darul Hikmah, Kajang, Kami berangkat menaiki sebuah van dan sebuah kereta Perodua Kembara. Kami tiba hampir jam 7.00 pagi dan 'Chek In' di bahagian perlepasan antarabangsa. Kami sempat menunaikan solat fardu subuh di surau sebelum berlepas ke Padang Indonesia. Maka bermulalah perjalanan 12 orang HAMKA kecil bersama buya nya ke Tanah Minang di Sumetera Barat bagi menjejaki Ulamak nusantara yang tesohor bersama Tafsir Al-Azharnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Ana yang berkepala botak,ana gunting semalam, rasa selesa begini. Keberangkatan kami diiringi oleh abang sifulislam dengan seorang sahabat dari wadah.

0 ulasan: