BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 27, 2010

Ucapan Dasar terakhir hamba (PPMU)


Pemantapan idealisme dan wibawa mahasiswa

Saudara pengerusi majlis, ahli-ahli jawatankuasa AGM, ahli-ahli majlis syura, para tetamu undangan yang di hormati.

Marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas perkenanNya juga dapat kita terus menyumbang bakti demi keredhaanya. Justeru itu, muhasabah yang kita lakukan ini bukanlah sebagai rutin semata-mata tetapi ianya bermaksud mengajak kepada penilaian sesungguhnya iltizam (komitmen) kita, prestasi serta merangsangkan peningkatan dan pembaikan yang perlu dilakukan dalam persatuan kita.

Sesungguhnya merenung masa lalu itu penting untuk kita mencari tonggak-tonggak sambil menghalusi keaiban masa silam agar kejayaan terus terbina dan kesilapan tidak diulangi. Demikian iktibar daripada intisari firman Ilahi dalam surah Yusuf 111 (maksudnya)
“ sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu, terdapat pengajaran bagi mereka yang mempunyai akal, al-quran bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai peunjuk rahmat bagi kaum yang beiman ”
Namun begitu, kenyataan ini bukanlah bermakna kita mengambil sikap asyik bernostalgia dengan pencapaian semalam. Sejarah harus dipelajari dan mestilah diambil iktibar. Malah menyingkap catatan silam tidak pula bererti kita harus melupakan langsung usaha-usaha baru bagi menghadapi cabaran medan dan suasana masa kini dan mendatang.
Hakikatnya zaman telah berubah. Perubahan yang semakin pantas dan canggih ini mengundang kita untuk mempersiapkan generasi mahasiswa kini dengan pelbagai ‘skill’ dan dinamika untuk menghadapi dan mengendalikan perubahan tersebut. Kelesuan berfikir, kelemahan bertindak dan kehambaran kealpaan yang berlaku dalam mahasiswa.
Krisis identiti dan sindrom lesu
Generasi mahasiswa khususnya mahasiswa Islam sedang dilandai dengan krisis identiti yang amat mengkhuatirkan. Dalam penilaian menyeluruh kita dapati mereka tidak meletakkan status dan memainkan peranan mereka sebagai mahasiswa. Kecenderungan yang ada ialah mahasiswa lebih terpukau dengan budaya import daripada mengembangkan budaya dan identiti diri sebagai seorang pelajar dan mahasiswa.
Walaupun sedang diulit dengan ilmu, mahasiswa tidak mampu untuk menyaring apa lagi untuk mengembangkan budaya yang sihat. Kita dapati mahasiswa masa kini tergila-gila secara berlebihan terhadap muzik seperti indie band, rock dan sebagainya. Perkembangn mutakhir menunjukkan bahawa masyarakat Negara barat sendiri mula merasai kesan buruk daripada penonjolan berlebihan muzik-muzik seperti ini kepada generasi muda.
Kita juga melihat di akhir-akhir ini tedapat di kalangan generasi mahasiswa yang sudah kurang kepekaanya tehadap sebarang isu yang berbangkit sama ada yang melibatkan mahasiswa atau pun ummah. Mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.
Mahasiswa kampus pusat pengajian tinggi tertumpu lebih kepada dunia akademiknya sehingga tiada masa terluang untuk meneliti dan memerhati pesoalan masyarakat sekelilingnya. Penumpuan yang berlebih-lebihan terhadap hal-hal akademik telah menjerumuskan mahasiswa kepada kejumudan tindakan dan kepasifan pemikiran dan idea untuk diketengahkan kepada masyarakat. Sungguhpun begitu kita amat menyanjung tinggi sikap segelintir mahasiswa yang walau dibelenggu dengan hambatan akademik tetapi masih mampu dan bersedia untuk bersama-sama dengan masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat.
Orientasi perperiksaan dan latihan mental di kampus pengajian tinggi telah meletihkan mahasiswa yang sibuk dengan tutorial, kuliah, perperiksaan dan lain-lain. Kesibukan ini ditambah pula dengan terbentuknya budaya takut (culture of fear) di kalangan mahasiswa akibat akta AUKU.
Kesemuanya mempengaruhi gerakan mahasiswa. Kelesuan dan ketidakupayaan mahasiswa kembali ketengah masyarakat dan memperjuangkan nasib dan masa depan umat telah meletakkan taraf mahasiswa ke tempat yang rendah sehinggakan masyarakat yang suatu ketika dahulu meletakkan status mahasiswa begitu tinggi kini telah meremehkan kualiti siswazah yang dilahirkan daripada institusi pengajian tinggi di Negara kita.
Perubahan suasana
Kampus pusat pengajian tinggi adalah pusat dan gedung berkembangnya segala ilmu. Gerakan mahasiswa yang berkembang dalam suasana keilmuan mestilah merealisasikan fungsi tersebut di dalam masyarakat. Kriteria ini menjadikan mahasiswa sebagai aset penting dalam menerajui perubahan dalam masyarakat.
Kini suasana yang kontradikasi berlaku. Penentuan arah perjuangan mahasiswa ditentukan dan dipengaruhi oleh suasana di luar hingga menyebabkan gerakan mahasiswa hilang kredibiliti dan kewibawaanya. Mereka telah menjadi boneka kepada pelbagai parti politik luar. Justifikasinya kita melihat siri-siri perpecahan di kalangan mahasiswa dan masyarakat kampus. Berpecah kerana perbezaan parti yang disokong dan wadah yang didokong.
Suasana ini telah menyebabkan medan kemahasiswaan menjadi lesu dan tidak punya kekuatan. Penyatuan di peringkat mahasiswa adalah amat diperlukan, kita semestinya memperbanyakkan titik-titik persamaan sehingga persoalan yang lebih besar, global dan holistik dapat diperjuangkan.

Langkah meniti perubahan
Suasana mendung ini mesti segera diubati, generasi mahasiswa mestilah diberikan suntikan yang setepatnya kerana mahu tidak mahu mereka merupakan generasi penyusul dan pewaris kepada kepimpinan umat masa hadapan. Justeru generasi mahasiswa masa hadapan harus menghayati dan memperdalami matlamat perjuangan seintimnya supaya penglibatan dalam gerakan mahasiswa ini adalah penglibatan yang penuh pengertian yang mampu memberikan impak yang besar.
Kefahaman matlamaat perjuangan
Kefahaman terhadap matlamat perjuangan mengajak kita untuk lebih mengenali lebih dekat lagi sifat dan gerak kerja gerakan mahasiswa. Kita memilik satu matlamat yang sama iaitu membawa manusia mengabdikan diri seutuh dan setulusnya kepada Allah s.w.t. Hal ini jelas di ungkapkan oleh Allah dengan firmannya dalam surah Ad-Dhazariat (maksudnya)
“Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku”
Tugas yang mencabar ini memerlukan kepada sebuah gerakan yang benar-benar menjiwai apa yang di ungkapkan dalam al-quran surah Ali-Imran ayat 104: (maksudnya)
“Hendaklah ada segolongan unat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Mereka ini golongan yang beruntung”
Kefahaman yang mendalam terhadap matlamat perjuangan metilah disusuli dengan komitmen yang tinggi dan bersungguh dalam merealisasikan matlamat untuk menjadi kenyataan.
Kepada warga PPMU kita peringatkan peri pentingnya usaha menggilap idealisme dan penyebatian dalam hati nurani mahasiswa. Proses ini sekaligus membina daya juang, meningkatkan daya dorong dan memperdalamkan komitmen mahasiswa terhadap pejuangan.
Identiti persatuan
Seharusnya kita perlu memiliki identiti tersendiri, kita tidak perlu bersifat kepartian; tidak juga terlalu tertumpu kepada kebajikan yang terbatas. Kita adalah persatuan yang bebas dari sebarang ikatan kekelompokan yang sempit. tugas kita ialah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan umat. Konsep amal ma’aruf mestilah ditangani dengan lisa nul hal progam praktikal untuk mahasiwa. Justeru itu program yang menguntungkan umat haruslah diberikan kredit walau siapa sahaja yang melaksanakan.
Nahi mungkar metilah diperangi dengan apa sahaja kekuatan yang ada pada kita. Program yang mengajak mahasiwa bergelumang dengan kemungkaran mestilah dikritik dengan hujah yang tepat dan membina bukan dengan sumpah seranah pemuas sentimen dan emosi diri.

Suasana lingkungan
Langkah seterusnya ialah untuk kita mendalami suasana lingkungan. Memahami persoalan ini memberi makna mengetahui selok-belok budaya setempat, keperluan dan kehendak setempat serta kesesuaian dan penerimaan setempat. Proses ini perlu supaya perencanaan dan perlaksanaan organisasi lebih tersusun dan meninggalkan impak yang besar. Persatuan akan lebih realisasi dalam operasinya sekiranya suasana internal dan eksternal gelanggang difahami.
Mengurus perubahan
Persatuan harus mampu menguruskan perubahan iaitu perubahan yang mampu menyiapkan generasi mahasiswa dengan ‘Skill’, keterampilan dan dinamika dengan apa sahaja saingan yang bakal dihadapi. Justeru gerakan persatuan sifatnya mestilah futuristik dan mampu untuk menjangka perubahan yang bakal berlaku dalam kehidupan seperti yang disinggung oleh Hickman dan Silva dalam buku mereka ‘Creating Excllent’
“Hanya para pemimpin yang belajar untuk menjangka malah mencipta masa depan itu sendiri akan dapat manfaat dari dikejutan oleh perubahan”
Pembinaan tenaga ahli
Ini merupakan perkara yang harus dititik beratkan kerana ia adalah nadi berpusatnya pembinaan ahli dan barisan pimpinan untuk di hari muka. Di dalam langkah inilah ahli-ahli yang berpotensi dikenal pasti, dibina, dibentuk, dan digilap secara sistematik, berterusan dan terancang. Justeru kita mengajak rakan-rakan di dalam persatuan kita ini untuk memperuntukkan masa dan pemikiran bagi menggerakkan pembinaan ahli secara merata dan berkesan agar kita tidak dibendung dengan masalah ketandusan tenaga pengerak yang berwibawa.
Kekukuhan organisasi dan kemantapan pimpinan
Kekukuhan organisasi mengajak kita untuk mendalami peranan setiap anggota pimpinan dan tugas yang diwarisinya. Oleh itu, barisan pimpinan persatuan mestilah tidak terbelengu dalam sindrom rendah diri, malu, lesu, statik dan sebagainya. Malah barisan pimpinan mestilah vocal menyatakan pandangan dan mempertahankan hujah serta matang dan bijaksana di dalam tindakan.
Agenda masa hadapan
Khusus buat ahli-ahli PPMU dan barisan pimpinan, kita memperingatkan bahawa agenda masa hadapan seterusnya ialah merancang gerak kerja dengan lebih tersusun. Kerja yang bukan hanya musiman, Tidak juga sekadar dilaksanakan secara ‘ad-hoc’. Budaya kerja yang cemerlang dan berencana hendaklah sentiasa menjadi amalan pada masa akan datang.
Orentasi gerak kerja kita juga hendaklah menggunakan teknologi terkini dan bukan lagi dengan retorika kosong. Pendekatan dalam melaksanakan program juga hendaklah terus di kemaskinikan sesuai dengan perkembangan zaman.
Tugas kita bukan usaha setakat lantunan perasaan sahaja dan bukan juga suatu proses yang menjadi secara segera. Sebenarnya ia memerlukan keprihatinan yang tinggi dan kerja yang berrencana. Skima perencanaan juga mestilah dipermatangkan (up-grade) sehingga mencecah dimensi pembinaan mahasiswa yang berwibawa. Wadah kita bukan lagi berfungsi sekadar melahirkan barisan petugas dan kepimpinan untuk persatuan semata-mata tetapi lebih jauh daripada itu. Malah melahirkan juru bicara yang bakal nanti-nantikan umat!

Allah Hu Akhbar Walillahilhamd!

0 ulasan: