BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, February 06, 2010

Berjalan berseorangan



Kegemaran ku satu, berlari dan terus berlari. kaki ku yang tangkas berlari ini sentiasa berubah-ubah
hala tujuanya,kadang kala maju ke hadapan,kadang kala terjatuh lantas bangkit dan berlari terus
ke timur kadang-kadang ke barat. Pernah juga aku berlari mengundur kerana takut menyesali masa hadapan,tetapi kerap kali aku berlari
kehadapan terus kehadapan, kerana di belakangku sudah berlalu tiada ulangan. Aku semakin gagah mengendalikan kaki ku.
Aku boleh berlari sambil menyilangkan kaki,kadang kala melompat-lompat,juga pernah nyaris kakiku beterbangan.
Sering kali ada debu-debu jadi kesan yang terhampar sebagai kesan-kesan tapak kaki ku.
Namun tidak dapat merubah hakikat yang aku hanyalah berseorangan. Rupa-rupanya anak kecil ini disisihkan, diejek-ejek dan di hina
dirinya, biar aku menjadi pak turut kepada hamba-hamba tuan kekayaan itu, hanya sekadar meraih secebis perhatian
dan ingin berteman. Namun anak keci ini tetap di pijak hampa,sunyi dirinya bertemankan kakinya, melangkah
terus melangkah mencari sesuatu yang dirinya sendiri tidak pasti. Memori ini yang menghembus-hembus liar
di ingatan ku menjadi catatan yang pilu si anak kecil itu,pernah keluar sebutir permata dari matanya itu
kerana memori si anak kecil pernah berseorangan.

Ilham kosong



Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan penceritaan hidup ku, kerana mungkin jalan hidupku membosankan.
mungkin juga aku lupa dengan beberapa kisah hidupku, bukan sengaja untuk ku lupakan,mungkin
ada peristiwa-peristiwa yang tidak ingin ku ingati dan ingin ku simpan di dalam lubuk hati
hingga mati,tetapi kurakamkan juga buat menghiburkan hati ini. Hadir ku di dalam Kehidupan
ini hanya di dalam keadaan sederhana. tidak pernah ku rasakan kemewahan melainkan hanya
sebagai penonton kepada sebuah drama kehidupan yang maya, yang seakan-akan tidak berpenghujung
kerana tidak berhenti nadiku ini. Namun bukanlah aku seorang yang tidak bersyukur dengan ketentuan
NYA,tetapi aku sekadar hanya ingin meneliti perkembangan pemikiran seorang anak kecil yang sering keseorangan
sehingga diriku pada masa kini. Seorang anak yang degil dan panas baran, ini yang ku warisi dari jiwa
ABAH, bukan kusalahkan ABAH kerana sifatnya,tetapi aku bangga menjadi anaknya,kerana sifatnya membawa
seribu makna dalam aku melayari hidupku yang masih jauh di hadapan. Terima kasih ABAH, juga ibu ku tercinta
ingin ku rakamkan rasa kasih ku padamu wahai ibuku,rasa tabah ini ku warisi dari mu yang begitu tabah
membesarkan ku, terima kasih ibu. Namun pada hakikatnya tidak mampu ku ungkapkan secara zahir kepada
ABAH dan IBUku. Ampunkan dosa-dosa anakmu ini. Perjalanan masih panjang lagi, namun semakin jauh
perjalan hidup kita sebenarnya semakin hampir kita dengan ajal. Semakin dihayati memori yang lalu
semakin dekat diriku bersama skrip-skrip yang disusun indah oleh Sang Maha Pencipta.
Agar kita belajar menilai dan menghargai diri, agar kita sedar apa yang kita miliki bukanlah
hak abadi,namun pinjaman semata-mata daripada Allah s.w.t. Sesi ini kan ku akhiri dengan sebuah
sajak yang sangat bermakna buat diriku;

Anak-anak
Belajar
Dari Kehidupan

Bila anak hidup dalam kritikan
Ia belajar menyalahkan orang
Bila anak hidup dimusuhi
Ia belajar untuk melawan

Bila anak hidup dalam ejekan
Ia belajar jadi pemalu
Bila anak hidup dalam toleransi
Ia belajar jadi sabar

Bila anak hidup dengan diberi semangat
Ia belajar punyai rasa harga diri

Bila anak hidup dengan tauladan
Ia belajar hidup untuk menghargai orang
Bila anak hidup dalam keadilan
Ia belajar membela kebenaran
Bila anak hidup dengan kepastian
Ia belajar memperolehi keberanian

Bila anak hidup dengan persetujuan
Ia belajar menyukai dirinya

Bila anak hidup dalam penerimaan dan persahabatan
Ia belajar mencintai sesama didunia

(sumetera barat/maninjau@ponpes hamka)

Sunday, December 27, 2009


CINTAKU PADAMU TEMAN

Sebahagian orang merasa hidup ini tidak akan pernah mencapai maknanya tanpa kehadiran seorang teman. Teman adalah orang-orang yang dicintainya dan yang mencintainya. Orang yang dengan keluasan hati menerima dirinya apa adanya, tanpa cemburu dan banyak cela.

Menyayangimu teman,
sama sekali bukan bererti menafikan kecintaan kepada yang lain. Kecintaan kepada keluarga, kepada diri sendiri, sebab tiap-tiap jendela cinta memiliki ruangan tersendiri di hati yang tidak akan mampu disamakan dengan cinta-cinta lain yang kesemuanya tidak saling berhimpit tidak pula bersinggungan. Namun tiap-tiap kecintaan mengisi bilik-bilik hati yang berbeza-beza. Kesemua cinta hendaknya merupakan suatu refleksi cinta kepada Allah SWT. Suatu perbendaharaan keemasan dari keimanan, desiran sejuk angin kerinduan, dan deburan tegar ombak keistiqamahan.

Teman,
bagiku kata itu adalah ungkapan kerinduan dan sejuta harapan. Harapan untuk dapat saling menegur dan meneguhkan. Membuang jauh-jauh kata perbezaan dan cuba untuk mendahului segalanya dari kesamaan. Pada kata itu kutemukan hakikat hidup dan kehidupan, kerana bersamanya aku menahan derita dan sengsara, gundah dan gulana, namun begitu manis terasa segala kerutan layar perjuangan kerana Allah lah yang telah membuatnya.

Teman,
bertemankan jiwa-jiwa yang ber-izzah mulia dan ghairah menggelora, dengan segudang idea dan idealisme yang Rabbani. Meniti jambatan yang sama, dengan tekad yang serupa dan seragam kebesaran jiwa. Bukan untuk sekadar menghabiskan sisa minuman kehidupan dunia, tetapi hidup untuk sebuah cita yang takkan pernah kandas sia-sia. Sewajarnya jika Rasulullah mewasiatkan agar kita menjadikan mereka yang sholeh sebagai teman kepercayaan.

Ah teman,
harus kita terima bahawa berteman bukan bererti untuk selalu bersama secara harfiah. Suatu saat pasti kita akan terpisah pula. Menempati liku-liku berbeza di setiap sudut kehidupan, agar setiap insan dapat tersentuh cahayaNya

Teringat serangkaian syair milik Munsyid Saujana ini ku kutipkan untukmu :

Sedingin embunan dedaun kehijauan, sesegar ingatan kenangan kisah silam
Kita seiring bersatu dan berjuang, meniti titian persahabatan
Kau hadir bawa cahaya, terangi hatiku teman
Saling memerlukan dan mengharapkan
Tangis gembira saat bahagia, moga kan kekal menuju Syurga
Kerana Tuhan kita ditemukan, andai terpisah, itu ketentuan
Sengketa dan kesilapan itulah fitrahnya insan
Kata dan teguran itulah pedoman


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.